Sign In

Log Masuk eKOGURU

Pembahagian Dividen KOGURU tahun Kewangan 2018

Dengan hormatnya dimaklumkan pihak Koperasi akan mula mengeluarkan bayaran dividen bagi Tahun Kewangan 2018 sebanyak 15.5% kepada semua anggota Koperasi bermula pada 28 Julai 2019. Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang berhasrat untuk mengeluarkan dividen masing-masing bolehlah berbuat demikian dengan memuat turun dan lengkapkan borang pengeluaran dividen secara individu atau berkumpulan sebelum 05 Ogos 2019

Read more...

Kunjungan Hormat Daripada KOPSYA

Pada 23 Julai 2019, KOGURU telah menerima kunjungan daripada Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) yang diwakili oleh Dato' Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa selaku Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA dan En. Razak Bin Osman selaku Penolong Pengurus KOPSYA.

Read more...

Mesyuarat Agung Perwakilan 2019

Pada 6 Julai 2019, bertempat di Dewan Gamelan Primula Beach Hotel telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Perwakilan Tahun 2019 KOGURU. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Wan Abdul Halim bin Wan Abdul Razak selaku Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu dan telah dihadiri oleh perwakilan KOGURU yang telah dipilih ketika Mesyuarat Kawasan dari setiap daerah di Terengganu.

Read more...

Makluman

MAKLUMAN KEPADA SEMUA ANGGOTA KOGURU, PERUBAHAN WAKTU OPERASI KOGURU!!!

Berikut merupakan waktu operasi baru bagi KOGURU, bermula 1 Jun 2019.

Operasi pada hari Sabtu kini telah dihentikan, dan KOGURU hanya akan beroperasi selama 5 hari seminggu.

Read more...

Taklimat Insolvensi

Pada 18 Jun 2019, KOGURU telah menerima kunjungan dari En Roslan bin Ngah selaku Ketua Unit Likuidasi dari Jabatan Insolvensi untuk memberi sedikit perkongsian maklumat yang berguna kepada Koperasi.

Read more...

Program Santai Jom Sembang bersama KOGURU

Pada 27 April 2019 (Sabtu), telah berlangsungnya Program Santai Jom Sembang Bersama KOGURU yang telah diadakan di Bilik Seminar KOGURU. Program yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan baik dan kemesraan antara Anggota dan Koperasi.

Read more...

Lawatan Daripada MyKad SmartShopper

Pada 17 April 2019 (Rabu), KOGURU telah menerima kunjungan daripada SAN Q Enterprise. Lawatan ini diketuai iaitu Puan Syaida Hazira dan diiringi sendiri oleh Pengerusi Kehormat KOGURU, iaitu Tuan Haji Alias bin Yahya.

Read more...

Mesyuarat Kawasan Kemaman dan Dungun 2019

Kawasan Kemaman telah dipilih sebagai kawasan seterusnya untuk Mesyuarat Kawasan bagi tahun ini. Mesyuarat Kawasan bagi daerah ini telah berlangsung di SMK Chukai pada 12 April 2019 manakala kawasan Dungun telah dipilih sebagai kawasan terakhir yang telah dilangsungkan di SMK Seri Dungun pada 13 April 2019.

Read more...

Mesyuarat Kawasan Marang dan Hulu 2019

Kawasan Marang telah dipilih sebagai kawasan kelima untuk Mesyuarat Kawasan bagi tahun ini. Mesyuarat Kawasan bagi daerah ini telah berlangsung di SMK Seberang Marang pada 05 April 2019 manakala kawasan Hulu Terengganu telah dipilih sebagai kawasan keenam yang telah dilangsungkan di SMK Seri Berang pada 06 April 2019.

Read more...

Mesyuarat Kawasan Besut dan Setiu 2019

Kawasan Besut telah dipilih sebagai kawasan ketiga untuk Mesyuarat Kawasan bagi tahun ini. Mesyuarat Kawasan bagi daerah ini telah berlangsung di Kolej Vokasional Besut pada 29 Mac 2019 manakala kawasan Setiu telah dipilih sebagai kawasan keempat yang telah dilangsungkan di SMA Setiu pada 30 Mac 2019.

Read more...
Page 4 of 5