Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk para anggota sepanjang Mesyuarat Kawasan berlangsung antaranya ialah pembukaan gerai jualan daripada panel-panel KOGURU, kaunter Pembiayaan Ekspress, dan lain-lain. Pada mesyuarat ini juga, cabutan cenderahati juga turut diadakan untuk memeriahkan lagi Mesyuarat kali ini.
Sambutan daripada anggota sepanjang mesyuarat berlangsung selama 5 minggu di semua daerah Kuala Terengganu amat menggalakan. Diharapkan Mesyuarat Kawasan 2019 kali ini memberi pelbagai manfaat kepada semua terutamanya para anggota KOGURU.