Koperasi Guru-Guru Terengganu Berhad diasaskan pada 10 Ogos 1965. Pada mulanya ia dikenali sebagai Sharikat Bekejasama Jimat Cermat dan Pinjaman Guru-Guru Yang Di-Persatukan Trengganu Berhad. Pada tahun 1976 ia dikenali sebagai Koperatif Guru-Guru Trengganu Berhad. Ia sekali lagi bertukar nama kepada Koperasi Guru-Guru Terengganu Berhad, Kini bermula Januari 2010 nama bertukar kepada nama yang lebih inovatif mengikut peredaran global semasa iaitu Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad.
Anggota yang berdaftar di bawah koperasi berjumlah lebih kurang 13000 orang anggota. Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad menyediakan perkhidmatan seperti pembiayaan(pinjaman) kepada anggota yang berdaftar dengan koperasi.