Sign In

Log Masuk

Mesyuarat Kawasan Marang dan Hulu 2019

22 July 2020

Kawasan Marang telah dipilih sebagai kawasan kelima untuk Mesyuarat Kawasan bagi tahun ini. Mesyuarat Kawasan bagi daerah ini telah berlangsung di SMK Seberang Marang pada 05 April 2019 manakala kawasan Hulu Terengganu telah dipilih sebagai kawasan keenam yang telah dilangsungkan di SMK Seri Berang pada 06 April 2019.

Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk para anggota sepanjang Mesyuarat Kawasan berlangsung antaranya ialah pembukaan gerai jualan daripada panel-panel KOGURU, kaunter Pembiayaan Ekspress, dan lain-lain. Pada mesyuarat ini juga, cabutan cenderahati juga turut diadakan untuk memeriahkan lagi Mesyuarat kali ini. Bagi anggota yang tidak dapat menghadirkan diri boleh hadir pada mesyuarat kawasan yang bakal berlangsung di daerah seterusnya.