Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, merujuk kepada Seksyen 37 Akta dan UUK 26, Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad akan diadakan secara atas talian mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Dengan hormatnya dimaklumkan pihak Koperasi akan mula mengeluarkan bayaran dividen bagi Tahun Kewangan 2024 sebanyak 16% iaitu (10% atas modal syer dan 6% atas modal yuran) kepada semua anggota.
Sukacita dimaklumkan, seiring dengan sambutan Jubli Intan 60 Tahun KOGURU, pihak Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota atas sokongan yang berterusan. Bagi meraikan pencapaian bersejarah ini, kami dengan sukacitanya akan mengedarkan Kad Penginapan Khas yang boleh digunakan untuk mendapat kemudahan penginapan dengan harga istimewa di beberapa tempat yang terpilih seperti di Tamu Hotel & Suites, Brisdale Hotel dan Homestay & Roomstay KOGURU.

Koguru Terengganu telah melancarkan satu Majlis Perasmian Ar Rahnu KOGURU Cawangan Alam Mutiara, Tamu homestay dan Tamu Roomstay Alam Mutiara, Tok Molor, Kuala Terengganu pada hari ini, . Arrahnu KOGURU Alam Mutiara merupakan cawangan Ar Rahnu KOGURU yang ke-7, manakala Tamu Roomstay dan Tamu Homestay di Alam Mutiara merupakan pembukaan yang pertama.

Sukacita dimaklumkan pihak KOGURU akan mengeluarkan Penyata Kewangan Anggota Tahun 2022

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Fadhlina Sidek atas pelantikan sebagai Menteri Pendidikan

Sekitar majlis perasmian pembukaan Ar Rahnu dan Coop Farmasi Batu Rakit

Sekitar majlis perasmian pembukaan Hab Ez Qurban cawangan pantai timur
Sukacita dimaklumkan bahawa COOP Farmasi kini dibuka di Mengabang Telong, Batu Rakit, Terengganu.