Sign In

Log Masuk

Mesyuarat Kawasan Kuala Terengganu 2019

22 July 2020

Kawasan Kuala Terengganu telah dipilih sebagai kawasan kedua untuk Mesyuarat Kawasan bagi tahun ini. Mesyuarat Kawasan bagi daerah ini telah berlangsung di SMK Dato' Razali Ismail pada 22 dan 23 Mac 2019. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk para anggota sepanjang Mesyuarat Kawasan berlangsung antaranya ialah pembukaan gerai jualan daripada panel-panel KOGURU, kaunter Pembiayaan Ekspress, kaunter Pembiayaan Manual, kaunter Umrah, Kaunter korban dan Aqiqah, Penjualan Produk dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain.

Pada mesyuarat ini juga, cabutan cenderahati juga turut dilakukan untuk para anggota yang datang. Kehadiran anggota yang hadir pada kawasan tersebut amat menggalakkan dan bagi anggota yang tidak dapat menghadirkan diri boleh hadir pada mesyuarat kawasan yang bakal berlangsung di daerah seterusnya.