Program ini telah dirasmikan sendiri oleh Pengerusi Kehormat KOGURU, iaitu Tuan Haji Alias Bin Yahya dan turut dihadiri oleh Barisan Lembaga KOGURU bersama para anggota. Perjalanan program ini dibantu oleh kakitangan KOGURU yang juga bertindak sebagai urusetia program. Diharapkan program ini akan memberikan pelbagai faedah kepada semua anggota KOGURU.