Dimaklumkan bahawa KOGURU akan menutup operasi bermula 18 Mac 2020 - 14 April 2020 selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan berkenaan penularan wabak COVID-19. Segala urusan termasuklah permohonan pembiayaan boleh dibuat secara online di laman web koguru.net dan akan terus diproses sepanjang tempoh penutupan operasi.
Salam sejahtera kepada semua warga KOGURU, anda masih boleh memohon pembiayaan daripada KOGURU sepanjang tempoh Perintah Larangan Pergerakan ini. Hanya ikuti langkah mudah di bawah untuk memohon pembiayaan anda.
Pada 17 November 2019, KOGURU telah menerima kunjungan daripada En. Mohd Khairool Afiq bin Dato' Zulkefli selaku Penolong Pengurus Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan ANGKASA. Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengerusi Kehormat KOGURU, Tn. Haji Alias bin Yahya serta barisan Anggota Lembaga Koperasi.
KOGURU bersama Syarikat EZ Qurban menyediakan satu platform untuk menghubungkan anda dengan masyarakat Islam di luar sana melalui pelaksanaan Aqiqah & Qurban, seterusnya berkongsi rezeki yang Allah SWT telah kurniakan dengan perlaksanaan di 14 buah negara dengan harga yang berpatutan.
Dengan hormatnya dimaklumkan pihak Koperasi akan mula mengeluarkan bayaran dividen bagi Tahun Kewangan 2018 sebanyak 15.5% kepada semua anggota Koperasi bermula pada 28 Julai 2019. Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang berhasrat untuk mengeluarkan dividen masing-masing bolehlah berbuat demikian dengan memuat turun dan lengkapkan borang pengeluaran dividen secara individu atau berkumpulan sebelum 05 Ogos 2019