Sign In

Log Masuk

Perbincangan Kerjasama ANGKASA & KOGURU

22 July 2020

Pada 17 November 2019, KOGURU telah menerima kunjungan daripada En. Mohd Khairool Afiq bin Dato' Zulkefli selaku Penolong Pengurus Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan ANGKASA. Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengerusi Kehormat KOGURU, Tn. Haji Alias bin Yahya serta barisan Anggota Lembaga Koperasi.

Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan kerjasama di antara pihak ANGKASA dan KOGURU berkenaan pembayaran balik pembiayaan bagi anggota Koperasi. Diharapkan melalui perbincangan tersebut akan dapat melancarkan lagi pengurusan KOGURU.