Pada 27 Julai 2020, Hari Koperasi Malaysia 2020 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diadakan dengan kehadiran seramai 500 koperator di seluruh Malaysia. Sambutan Hari Koperasi Malaysia 2020 bertemakan “Koperasi Prihatin Kemakmuran Bersama” yang gilang-gemilang ini telah diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi dan telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
KOGURU telah memperkenalkan Peraduan Kuiz Anggota KOGURU yang terbuka kepada semua anggota yang aktif di KOGURU. Peraduan ini dapat menguji dan memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai aktiviti di KOGURU. 100 unit powerbank berkualiti disediakan kepada anggota yang berjaya memperolehi markah 80% ke atas.
Pada 24 Jun 2020, pihak KOGURU telah berkunjung ke rumah bekas Anggota Lembaga Koperasi, En. Mohd Shamsuddin bin Sulaiman yang telah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Terengganu pada 7 Jun 2020 bagi menyampaikan Cek Sumbangan Khairat Kematian Cakna 2 kepada waris Allahyarham.
Pada 7 Jun 2020, KOGURU telah menerima satu khabar berita yang mendukacitakan. Salah seorang Anggota Lembaga Koperasi, En. Mohd Shamsuddin bin Sulaiman (59 tahun), telah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Terengganu. Pihak KOGURU ingin merakamkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang telah banyak membantu dalam pengurusan KOGURU
Bagi menempuh suasana dan cabaran yang tidak menentu dan di luar jangkaan kotak pemikiran, kita semua berdepan dengan situasi kehidupan yang amat berbeza berbanding sebelumnya. Semua sektor telah berubah termasuk sektor sosial dan ekonomi, bahkan landskap kehidupan manusia juga telah turut berubah dan ianya perlu disesuaikan sekiranya kita ingin terus berada selesa di persada dunia.