Pada 24/03/2019, KOGURU telah menerima lawatan daripada iKOOP yang telah diiringi oleh Pengerusi Kehormat KOGURU, Haji Alias bin Yahya. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan lebih dekat lagi berkenaan produk dan sistem pengurusan yang ada di KOGURU.
Pada 20 Mac 2019 (Rabu), KOGURU telah menerima kunjungan daripada Head, Transaction Corporate Banking iaitu Encik Mohd Mazery Bin Mustapha Kamal dan Pengurus Cawangan Bank Rakyat iaitu Ahmad Shukri Bin Mansor. Kedatangan mereka telah disambut oleh Tuan Haji Alias bin Yahya selaku Pengerusi KOGURU.
Pada 17 Mac 2019 (Ahad), KOGURU telah menerima lawatan daripada MIFF Holding. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah SKM iaitu En.Wan Abdul Halim bin Abd Razak, Datuk Abd Razak bin Abd Hadi selaku Pengarah MIFF Holding dan juga Timbalan Pengarah MIFF Holding iaitu Siti Hajar binti Ismail.
Sukacita dimaklumkan bahawa KOGURU akan mengadakan Mesyuarat Kawasan bagi tahun 2019 di setiap daerah Negeri Terengganu. Masa pendaftaran bermula pada pukul 8.00 hingga 9.00 pagi dan anggota diingatkan untuk membawa kad pengenalan atau kad anggota bergambar semasa pendaftaran. Wakil anggota tidak dibenarkan dan bagi anggota luar negeri, sila maklumkan kehadiran tuan seminggu sebelum Mesyuarat Kawasan untuk tujuan rekod.
Baru-baru ini KOGURU telah menyampaikan cek kematian (CAKNA 2) bagi anggota dan pasangan yang telah meninggal dunia. Sebanyak RM17,000 telah diserahkan kepada setiap waris anggota manakala untuk anggota yang kematian pasangannya akan mendapat RM500 sumbangan daripada KOGURU. Penyampaian cek tersebut telah disampaikan oleh pihak sekolah masing-masing.