Sign In

Log Masuk eKOGURU
Tuesday, 22 January 2019 01:28

Kursus Integriti Jan 2019

Pada 19/01/2019 (Sabtu), KOGURU telah mengadakan satu seminar khas untuk Anggota Lembaga Koperasi, Juruaudit Dalaman dan juga kakitangan KOGURU. KOGURU telah menjemput penceramah khas iaitu Puan Norhidayah binti Mohd Nor selaku Pegawai SPRM Terengganu. Kehadiran beliau telah disambut oleh Tuan Haji Alias bin Yahya selaku Pengerusi KOGURU dan juga En. Juhari bin Ismail selaku Setiausaha KOGURU.

Wednesday, 22 July 2020 01:25

Kunjungan Daripada Bank Rakyat

Pada 14/01/2019 (Isnin), KOGURU telah menerima kunjungan daripada pihak Bank Rakyat yang diwakili oleh En.Azman bin Abd Aziz selaku Ketua Wilayah 6 Bank Rakyat (Kelantan/Terengganu) dan En.Mohd Mazwan bin Mohamad. Kunjungan tersebut adalah bertujuan bagi berkongsi maklumat berkenaan produk terbaru yang bakal dilaksanakan di KOGURU. Diharapkan melalui kunjungan ini dapat melancarkan produk terbaru ini dengan sempurna.

Wednesday, 22 July 2020 00:52

Pembahagian Buku Perancangan Tahun 2019

Sukacita dimaklumkan pihak KOGURU akan mula mengedarkan Buku Perancangan Koperasi Tahun 2019 kepada anggota KOGURU. Bagi memudahkan edaran, buku tersebut boleh diambil di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing bermula 6hb Januari 2019. Bagi daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, buku perancangan akan dihantar ke sekolah masing-masing.

Thursday, 10 January 2019 00:36

Penyampaian Cek Cakna 2

Baru-baru ini KOGURU telah menyampaikan cek kematian (CAKNA 2) bagi anggota dan pasangan yang telah meninggal dunia. Sebanyak RM17,000 telah diserahkan kepada setiap waris anggota manakala untuk anggota yang kematian pasangannya akan mendapat RM500 sumbangan daripada KOGURU. Penyampaian cek tersebut telah disampaikan oleh pihak sekolah masing-masing. Seramai 5 orang waris anggota dan seorang anggota telah menerima cek sumbangan tersebut.

Tuesday, 21 July 2020 07:58

Lawatan Daripada CoopBank Pertama

Pada 09/01/2019 (Rabu), KOGURU telah menerima kunjungan daripada pihak Co-opBank Pertama yang diwakili oleh En.Ahmad Nizar bin Rashikin selaku ketua pegawai kewangan ,En.Abdullah bin Mohamad selaku ketua syer keanggotaan dan komunikasi korporat, En.Arifin bin Osman selaku ketua cawangan Kuala Terengganu dan En.Abd Munim bin Ishak selaku pegawai keanggotaan.