KOGURU juga tidak terlepas dari menghadapi kesan dari wabak COVID-19 yang telah melanda dunia dan negara pada masa kini, yang tidak jelas bila titik noktahnya akan berakhir.
Sehubungan dengan itu, KOGURU telah merangka Program Cakna KOGURU bagi memastikan kecemerlangan yang dikecapi agar terus boleh bertahan dan berkekalan. Selain perkhidmatan atas talian, Program Cakna KOGURU ini juga seolah-olah seperti program anak angkat di mana setiap kakitangan akan diberi tanggungjawab bagi menjaga keperluan anggota yang ditetapkan. Setiap kakitangan akan dibekalkan dengan nota dan skrip bagi memudahkan urusan sewaktu berhubung dengan anggota di bawah jagaan kakitangan tersebut. Program ini juga merupakan pemangkin bagi merapatkan hubungan antara koperasi dengan anggota dengan moto 'Anggota dan Koperasi berpisah tiada' walaupun pelaksanaan perintah kawalan pergerakan masih diteruskan oleh pihak kerajaan.