Sign In

Log Masuk eKOGURU

Pembahagian Dividen KOGURU Tahun Kewangan 2024

09 July 2025

Dengan hormatnya dimaklumkan pihak Koperasi akan mula mengeluarkan bayaran dividen bagi Tahun Kewangan 2024 sebanyak 16% iaitu (10% atas modal syer dan 6% atas modal yuran) kepada semua anggota.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang berhasrat untuk mengeluarkan dividen masing-masing bolehlah berbuat demikian dengan mengakses eKOGURU anggota dan memohon untuk pengeluaran dividen secara individu.

Segala urusan tuntutan dividen adalah secara DALAM TALIAN SAHAJA dan dividen akan dikreditkan SECARA BANK-IN SAHAJA. Tuntutan secara manual tidak akan diambil kira. Tarikh pembayaran akan bermula pada 01 Ogos 2025. Sekiranya tiada tuntutan dibuat sehingga 31 Disember 2025, dividen akan dikreditkan ke akaun modal yuran anggota.