Sign In

Log Masuk eKOGURU

Pembahagian Dividen KOGURU Tahun Kewangan 2021

27 July 2022

Dengan hormatnya dimaklumkan pihak Koperasi akan mula mengeluarkan bayaran dividen bagi Tahun Kewangan 2021 sebanyak 15% kepada semua anggota Koperasi bermula pada 01 Ogos 2022.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang berhasrat untuk mengeluarkan dividen masing-masing bolehlah berbuat demikian dengan mengakses e-Profile anggota dan memohon untuk pengeluaran dividen secara individu bermula 01 Ogos 2022 dan dibuka sepanjang tahun.

Segala urusan tuntutan dividen adalah secara ATAS TALIAN SAHAJA dan dividen akan dikreditkan SECARA BANK-IN SAHAJA. Tuntutan secara manual tidak akan diambil kira. Tarikh pembayaran akan bermula pada 14 Ogos 2022.