Sign In

Log Masuk

Edaran Buku Perancangan KOGURU Edisi 2021

19 January 2021

Sukacita dimaklumkan pihak KOGURU akan mula mengedarkan Buku Perancangan Koperasi Tahun 2021 kepada semua anggota di Terengganu. Bagi memudahkan edaran, buku tersebut boleh diambil di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing bermula 18hb Januari 2021 bagi daerah Setiu, Kemaman, Dungun, Marang & Hulu Terengganu

Bagi daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, buku perancangan akan dihantar ke sekolah masing-masing manakala bagi daerah Besut pula, buku perancangan tersebut boleh diambil di Pejabat KOGURU cawangan Besut (Kg Gong Kemuntong).

Diharapkan dengan pengedaran buku ini akan dapat memberi manfaat kepada seluruh guru dan kakitangan sekolah. Selepas ini, kami berharap lebih ramai yang akan mengambil peluang untuk menyertai gerakan koperasi, di mana keperluan anggota sentiasa menjadi keutamaan kami. Bagi menzahirkan sokongan tuan selama ini, kami ucapkan jutaan terima kasih.