Sign In

Log Masuk

Pembahagian Dividen Secara TUNAI

11 October 2020

Berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat di negara kita, pihak pengurusan KOGURU mengambil keputusan untuk MENGHADKAN jumlah anggota yang akan mengambil DIVIDEN TUNAI pada Hari Pembahagian Dividen di setiap Cawangan. Tarikh dan masa telah ditetapkan oleh Pihak KOGURU dan akan dihantar

kepada anggota melalui SMS. Hanya anggota yang membuat permohonan secara online (TUNAI) sehingga 05/10/2020 (ISNIN) sahaja yang akan menerima SMS berkenaan jadual kehadiran pengambilan tunai. Setiap anggota wajib mengikut jadual dan cadangan masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan pada hari tersebut.

Anggota yang tidak datang untuk menuntut dividen tunai pada tarikh dan cadangan masa yang telah ditetapkan, secara automatik akan dikreditkan ke dalam akaun bank anggota masing-masing.

Terima kasih dan harap maklum.

Tarikh dan masa Pembahagian Dividen di setiap Cawangan adalah seperti berikut:

KOGURU Kuala Terengganu: 18 Oktober 2020 - 12 November 2020

KOGURU Besut: 18 Oktober 2020 - 28 Oktober 2020

KOGURU Kemaman: 18 Oktober 2020 - 28 Oktober 2020

** Ahad - Rabu: 9pg - 4ptg, Khamis: 9pg - 3ptg