Sign In

Log Masuk

Bicara Santai bersama-sama Pengarah JPNT

06 October 2020

Satu program bicara santai telah diadakan pada 4 Oktober 2020. Bicara santai ini dihadiri oleh kesemua anggota lembaga KOGURU bersama-sama Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu iaitu Cg. Salim bin Ab. Ghani, A.M.N.

Bicara santai bersama-sama Cg. Salim bin Ab. Ghani, A.M.N. ini diadakan di Duyong Marina Resort Kuala Terengganu. 12 orang Anggota Lembaga KOGURU bersama-sama Cg. Salim bin Ab. Ghani, A.M.N. membincangkan tentang pelbagai topik dan isu berkaitan koperasi serta isu-isu ekonomi semasa. Bicara santai ni bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pihak KOGURU dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).