Sign In

Log Masuk

Belasungkawa : Tuan Haji Alias bin Yahya

06 September 2020

Pemergianmu dirindui.. Kehilanganmu tiada pengganti..
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

Kami, semua saf Lembaga, JAD, anggota dan kakitangan KOGURU merakamkan salam takziah, doa, ingatan dan bersaksi kebaikan kepada mantan Pengerusi KOGURU Tuan Haji Alias Yahya yang dikasihi dan disayangi telah pun pergi menemui penciptaNya pada petang 5 September 2020 (Sabtu). Buat keluarga arwah, semoga tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian dari Allah SWT.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عنه


"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah Rahmat Mu ke atas Rohnya sejahtera dan maafkanlah dia."
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Ya Allah, berikanlah kepadanya kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah dia dari seksaan api neraka."
Ya Allah, jauhkanlah dia dari seksaan kubur & masukkanlah dia ke dalam syurga Mu bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.”


Kami menzahir kesyukuran atas kejayaan demi kejayaan KOGURU, kedudukan ke 28 daripada 100 koperasi terbaik di Malaysia ( 2019 ) dan penganugerahan koperasi terbaik di negeri Terengganu daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan mendapat penarafan anugerah 5 bintang bagi tahun 2020 sekali gus misi KOGURU tercapai. Ianya adalah hasil kerja buat yang tersusun rapi dengan penuh komitmen oleh arwah Haji Alias bin Yahya dan dibantu oleh warga KOGURU. Kami bersaksi terlalu banyak jasa dan khidmat arwah kepada kejayaan dan kemajuan koperasi yang telah dibina dalam tempoh arwah diberikan tanggungjawab sebagai pengerusi KOGURU. Kami berusaha memajukan koperasi dan meneruskan legasi kebaikan yang dibawa oleh arwah menjadikan KOGURU kekal unggul dan cemerlang; dan memberi perkhidmatan berkualiti dalam talian dan digital sepenuhnya menjelang 2025.


Semoga roh Allahyarham tenang sejahtera di sana bersama-sama orang-orang beriman.