Sign In

Log Masuk eKOGURU

Pembahagian Dividen KOGURU Tahun Kewangan 2019

13 August 2020

Dengan hormatnya dimaklumkan pihak Koperasi akan mula mengeluarkan bayaran dividen bagi Tahun Kewangan 2019 sebanyak 15% kepada semua anggota Koperasi bermula pada 18 Ogos 2020. Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang berhasrat untuk mengeluarkan dividen masing-masing bolehlah berbuat demikian

dengan mengakses e-Profile anggota dan memohon untuk pengeluaran dividen secara individu bermula 16 Ogos 2020 sehingga 10 Oktober 2020 SAHAJA (bagi tuntutan tunai) dan bermula 16 Ogos 2020 dan dibuka sepanjang tahun (bagi pengeluaran dikreditkan ke dalam akaun bank). Segala urusan tuntutan dividen adalah secara ATAS TALIAN SAHAJA. Tuntutan secara manual tidak akan diambil kira. Tuntutan dividen yang sudah dimohon tidak boleh ditukar semula cara pengeluarannya samaada dari Tuntutan Tunai ke Bank-in ataupun sebaliknya. Tarikh pembayaran secara dikreditkan ke dalam akaun anggota akan bermula pada 1 November 2020.

Tarikh pembayaran secara Tunai adalah seperti berikut:

TEMPAT TARIKH PEMBAYARAN

Pejabat KOGURU Jalan Hiliran,
Kuala Terengganu

18 Oktober 2020 - 29 Oktober 2020

My ArRahnu KOGURU Besut, 
Kg Gong Kemuntong, Jertih

My ArRahnu KOGURU Kemaman, 
Jalan Kubang Kurus, Kemaman