Pada majlis perasmian tersebut juga, telah berlangsungnya satu Majlis Penyerahan Cek Cakna 2 KOGURU kepada 29 orang waris anggota yang telah meninggal dunia yang berjumlah RM493,000.00. Di samping itu, setiap waris juga telah menerima sumbangan bantuan pengurusan jenazah sebanyak RM2,500.00 yang telah diagihkan sebelum ini. Pelbagai bantuan dan sumbangan berterusan oleh pihak KOGURU ini menunjukkan kebajikan anggota dan waris akan terus terjaga walaupun anggota tersebut telah meninggal dunia.