Sukacita dimaklumkan, seiring dengan sambutan Jubli Intan 60 Tahun KOGURU, pihak Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota atas sokongan yang berterusan. Bagi meraikan pencapaian bersejarah ini, kami dengan sukacitanya akan mengedarkan Kad Penginapan Khas yang boleh digunakan untuk mendapat kemudahan penginapan dengan harga istimewa di beberapa tempat yang terpilih seperti di Tamu Hotel & Suites, Brisdale Hotel dan Homestay & Roomstay KOGURU.