Print this page

Perasmian Coop Farmasi dan Ar Rahnu Cawangan Batu Rakit

17 October 2022

Sekitar majlis perasmian pembukaan Ar Rahnu dan Coop Farmasi Batu Rakit

Sabtu 15 Oktober 2022 berlangsung dengan jayanya majlis perasmian cawangan Ar Rahnu KOGURU ke-5 dan rangkaian perniagaan Coop Farmasi dengan usahasama dengan ANGKASA ke-8 yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Bazlan bin Abd Rahman, ADUN Batu Rakit, Terengganu.

Ucapan syabas dan tahniah diberikan kepada Pengurusan KOGURU yang telah berjaya menjalankan perniagaan Ar Rahnu dan Coop Farmasi di cawangan Batu Rakit. Diharapkan agar Coop dan Ar Rahnu akan mendapat sambutan yang sangat baik oleh masyarakat sekitar. Majlis perasmian ini juga turut dihadiri Yang Berusaha, Tuan Haji Abdul Muie bin Ngah (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu), Setiausaha, Bendahari dan ALK KOGURU, Kakitangan KOGURU,wakil Koperasi, masyarakat setempat dan dif jemputan.

Dimaklumkan juga Ar Rahnu KOGURU ini bertujuan memberi perkhidmatan skim gadaian secara Islam bagi membantu perniaga kecil dan sederhana memperolehi dana / modal menjalankan perniagaan. Manakala Coop Farmasi juga memberi kemudahan kepada komuniti setempat mendapat nasihat perubatan, penjualan ubatan, pemakanan kesihatan dan peralatan serta penjagaan kesihatan dengan harga yang berpatutan malahan diberikan potongan harga kepada ahli yang berdaftar dan juga potongan rebat atas pembelian.