Print this page

Perasmian Hab Ez Qurban Pantai Timur

17 October 2022

Sekitar majlis perasmian pembukaan Hab Ez Qurban cawangan pantai timur

Perasmian telah diadakan pada hari Khamis 6 Oktober 2022 dari jam 2:00 petang-5:00 petang bertempat di Koperasi Warga Pendidikan Terengganu (KOGURU) dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Awg Ruslli bin Mohamad, selaku Pengarah SKM Terengganu dan diiringi oleh Tuan Haji Samsudin bin Ismail selaku Pengerusi Kehormat KOGURU dan Tuan Haji Azhar bin Dato Ab Shukor selaku Pengasas EZ Qurban.

Dimaklumkan juga bersempena kerjasama pembukaan Ez Qurban dengan KOGURU Terengganu telah membuka peluang kepada warga koperasi dan orang awam di kawasan PANTAI TIMUR dalam menjalankan ibadah korban dan akikah.

Majlis perasmian ini juga turut dihadiri Duta Rasmi EZ Qurban, Saudara ‘Abon’, Mohd Solehin bin Ramle (Timbalan Pengarah SKM Terengganu), Setiausaha dan ALK KOGURU, Kakitangan EZ Qurban, Tuan Haji Mohamad bin Yusof (Perhubungan ANGKASA Terengganu), wakil Koperasi dan para tetamu jemputan.Sementara itu, pihak Ez Qurban mengalu-alukan sokongan dan kerjasama daripada anggota KOGURU dan orang ramai untuk tampil melaksanakan ibadah korban untuk tahun yang akan datang.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai boleh menghubungi Hab EZ Qurban Pantai Timur di talian 018-287 2996 atau boleh kunjungi laman web di koguru.my