Print this page

Mesyuarat Agung Perwakilan 2020

28 September 2020
Mesyuarat Agung Perwakilan 2020

Koperasi Warga Pendidikan Negeri Terengganu (KOGURU) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan tahun 2020 pada 26 September 2020 bertempat di Dewan Gamelan Primula Beach Hotel. Mesyuarat Agung Perwakilan tahun ini dirasmikan oleh

Yang Berbahagia En. Zainuddin bin Ali selaku Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu dan dihadiri oleh perwakilan-perwakilan KOGURU yang telah dipilih Ketika Mesyuarat Kawasan dari setiap daerah di negeri Terengganu.


Pada mesyuarat ini, satu majlis untuk memberi sumbangan kepada waris mantan pengerusi KOGURU, Allahyarham Haji Alias bin Yahya dan mantan anggota Lembaga koperasi, Allahyarham Mohd Shamsuddin bin Sulaiman telah diadakan. sumbangan berterusan oleh pihak KOGURU ini menunjukkan kebajikan anggota dan waris akan terus terjaga walaupun anggota tersebut telah meninggal dunia.


KOGURU telah dinobatkan sebagai koperasi terbaik di negeri Terengganu sekaligus menempatkan diri di kedudukan ke-28 diantara 100 koperasi terbaik di Malaysia. KOGURU juga telah menerima penarafan 5 bintang oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Jumlah keanggotaan telah meningkat sehingga hampir 13000 orang serta keuntungan kasar sudah mencecah hampir 13 juta ringgit Malaysia. Untuk pembahagian dividen, 15% dividen akan dibahagikan kepada 10% atas modal syer dan 5 % atas modal yuran anggota.