Print this page

Majlis Pelancaran Program PULIH

20 September 2020
Majlis Pelancaran Program PULIH

Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU) telah menghadiri sebuah majlis yang telah dilancar dan disempurnakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 19 September 2020 iaitu Majlis Pelancaran Program PULIH yang diadakan di Dewan Terbuka Dataran Kuala Besut.

Program Pelan Pemulihan Ekonomi Koperasi : Insentif Promosi dan Pemasaran Sektor Ekonomi Utama Pelancongan dan Penjagaan Diri (PULIH) adalah salah satu idea SKM yang dilaksanakan secara task force bagi membantu koperasi yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Menurut SKM, insentif ini bertujuan untuk membantu koperasi yang menjalankan aktiviti pelancongan dan penjagaan diri kembali beroperasi pada tahap maksimum selepas mengalami pengurangan dalam permintaan dan ketidakbolehan koperasi untuk terus beroperasi setelah kerajaan mengumumkan pembukaan semula ekonomi bagi sektor pelancongan.

YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin selaku Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menyerahkan insentif PULIH kepada 9 buah koperasi daripada negeri Terengganu berjumlah RM70,000. Daripada jumlah tersebut, KOGURU telah menerima sebanyak RM7,000. Pihak KOGURU mengucapkan jutaan terima kasih di atas insentif ini dan diharapkan dapat membantu untuk memulihkan keadaan yang terjejas pada ekonomi kini.