Print this page

Lawatan Daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

03 September 2020
Lawatan Daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Pada 30 Ogos 2020 (Ahad) jam 2.30 petang, Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad telah menerima lawatan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Lawatan ini bertujuan untuk memberi taklimat kepada warga KOGURU mengenai pengurusan kewangan anggota KOGURU selepas bersara.

Warga KOGURU mengucapkan jutaan terima kasih kepada AKPK terutamanya kepada Pn Junainah Ahmad Esa, pengurus cawangan AKPK Kuala Terengganu serta Pn Nur Dimi Shahirah, kakitangan ICT AKPK kerana telah sedikit sebanyak memberi pencerahan. Diharapkan dengan perkongsian ini, KOGURU akan dapat menguruskan anggota selepas bersara dengan lebih baik dan sistematik.