Print this page

Anugerah Koperasi Terbaik Negeri sempena Hari Koperasi Malaysia 2020

24 August 2020
Anugerah Koperasi Terbaik Negeri sempena Hari Koperasi Malaysia 2020

Pada 04 Ogos 2020, Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU) telah menerima sekalung ucapan tahniah dan syabas dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Penghargaan ini diterima kerana KOGURU telah terpilih untuk menerima Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Terengganu sempena sambutan Hari Koperasi Malaysia 2020.

Diharapkan warga KOGURU akan dapat memaksimakan lagi segala daya usaha bagi mengekalkan prestasi koperasi serta membawa nama KOGURU ke peringkat yang lebih baik pada masa akan datang. Tahniah untuk Pengerusi, barisan Ahli Lembaga Koperasi serta kakitangan KOGURU.