Print this page

Hari Koperasi Malaysia 2020

27 July 2020
Hari Koperasi Malaysia 2020

Pada 27 Julai 2020, Hari Koperasi Malaysia 2020 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diadakan dengan kehadiran seramai 500 koperator di seluruh Malaysia. Sambutan Hari Koperasi Malaysia 2020 bertemakan “Koperasi Prihatin Kemakmuran Bersama” yang gilang-gemilang ini telah diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi dan telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Antara yang turut hadir bagi melengkapkan majlis adalah YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin selaku Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Nordin Salleh selaku Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Presiden ANGKASA dan ketua-ketua Agensi MEDAC.


Dalam majlis yang diadakan ini, Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU) telah dinobatkan sebagai Koperasi Terbaik di seluruh Negeri Terengganu sekaligus dianugerahkan koperasi bertaraf lima bintang.


Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengerusi, warga ALK dan kakitangan Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU) di atas pencapaian yang terbaik ini. Diharapkan pencapaian ini dapat menjadi satu pemangkin semangat untuk warga KOGURU agar dapat memberikan komitmen yang lebih baik dari semasa ke semasa.