Print this page

Belasungkawa : Mohd Shamsuddin Sulaiman

22 July 2020
Belasungkawa : Mohd Shamsuddin Sulaiman

Pada 7 Jun 2020, KOGURU telah menerima satu khabar berita yang mendukacitakan. Salah seorang Anggota Lembaga Koperasi, En. Mohd Shamsuddin bin Sulaiman (59 tahun), telah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Terengganu. Pihak KOGURU ingin merakamkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang telah banyak membantu dalam pengurusan KOGURU

terutamanya melibatkan pengurusan sistem yang digunapakai di KOGURU. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.